Sunday, February 28, 2010

KHASIAT HERBA DLM MAKANAN AYAM DAN MAKANAN ORANG

1) Jintan hitam /habatussauda• sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.• mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.• meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.• ekstrak dari bijinya adalah toksik kepada sel kanser• meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.• dapat merangsang sumsum tulang dan sel-sel imuniti tubuh untuk meningkatkan penghasilan interveron• melindungi sel-sel normal terhadap kesan virus yg boleh merosakkan sel• menghancurkan se-sel tumor
2) Pandan• membantu menghilangkan masalah angin
• merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia
3) Kunyit• antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser.• berupaya menyembuhkan luka di dalam badan,• mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin,• membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah,• membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema.• dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.
4) Limau purut• mengandungi antioksidan yg tinggi, kaya dengan flavonoid, polifenol
• mempunyai sifat-sifat anti bakteria.• pelbagai vitamin dan bahan mineral termasuklah vitamin C, B1, B2, sodium, kalium, besi dan kalsium• dipercayai berkesan utk mencegah penyakit jantung dan kanser kerana kandungan flavoniod dan polifenol yg tinggi
5) Halia• membantu menghadamkan makanan• membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.• boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.• bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman
Nota: Selain daripada ekstrak herba diatas biasanya ayam kampung juga diberi makanan Campuran atau Sisa Makanan seperti:
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain ……..sumber bahan organik

No comments:

Post a Comment

Post a Comment