Sunday, February 28, 2010

KHASIAT HERBA DLM MAKANAN AYAM DAN MAKANAN ORANG

1) Jintan hitam /habatussauda• sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.• mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.• meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.• ekstrak dari bijinya adalah toksik kepada sel kanser• meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.• dapat merangsang sumsum tulang dan sel-sel imuniti tubuh untuk meningkatkan penghasilan interveron• melindungi sel-sel normal terhadap kesan virus yg boleh merosakkan sel• menghancurkan se-sel tumor
2) Pandan• membantu menghilangkan masalah angin
• merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia
3) Kunyit• antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser.• berupaya menyembuhkan luka di dalam badan,• mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin,• membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah,• membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema.• dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.
4) Limau purut• mengandungi antioksidan yg tinggi, kaya dengan flavonoid, polifenol
• mempunyai sifat-sifat anti bakteria.• pelbagai vitamin dan bahan mineral termasuklah vitamin C, B1, B2, sodium, kalium, besi dan kalsium• dipercayai berkesan utk mencegah penyakit jantung dan kanser kerana kandungan flavoniod dan polifenol yg tinggi
5) Halia• membantu menghadamkan makanan• membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.• boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.• bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman
Nota: Selain daripada ekstrak herba diatas biasanya ayam kampung juga diberi makanan Campuran atau Sisa Makanan seperti:
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain ……..sumber bahan organik

Saturday, February 27, 2010

SUHU PENETASAN UNGGAS

Hampir 3-4 mlm aku cari benda ni dlm internet nasib baik capt tolong akum. aku cari benda ni bab aku nak jual incubator bab byk orang dah jual aku pun nak jual la jugak benda ni, aku nak masukkan dalam manual book, dulu aku tak jual bab risau orang mengatakat aku pakai benda ni telur ayam dia rosak. pasai sekarang byk orang dah tau pakai benda ni pun bergantung pada baka jugak. aku nak masukkan tempoh eraman unggas dlm ni bab takot aku terlupa pulak nak cari, dulu memang aku ada save benda ni tapi komputer aku kena virus abis semua hilang. kalau dlm ni dah tak hilang lagi dah. tima kasih berribu kali capt.

Species / Tempuh Eram / Suhu (degC) / Jgn dipusing selepas
Ayam / 21 hari / 38 / hari ke 18
Ayam Piru / 28 hari / 37 / hari ke 25
Itik lain / 28 hari / 38 / hari ke 25
Muscovy / 35-37 hari / 38 / hari ke 25
Angsa / 28-34 hari / 37 / hari ke 25
Ayam Mutiara / 28 hari / 38 / hari ke 25

Wednesday, February 24, 2010

DAGING AYAM PIRU

Tadi aku baru dpt komen dari pembeli ayam piru aku tentang daging ayam piru, sebenarnya aku pun belum penah makan ayam ni sblm ni, aku baru makan semasa dia order kat aku ayam ni aku potong untuk aku seko. dah rasa baru tau napa harga dia tinggi , berikut adalah komen dari dia

1. Daging pejal tapi tak liat
2. Rasanya manis
3. Tak mudah hancur walaupun dipanaskan untuk beberapa kali
4. Isi byk

Pada aku dia rasa manis ja yang lain aku rasa sama saja bab aku tak pandai nak beza kan.

Monday, February 22, 2010

Berikut adalah kandungan khasiat hampas soya bg setiap kilogram1. Protein: 19.54%2. Fat: 1.71%3. Fiber: 21.1%4. Ash: 3.30%5. Kalsium: 3.38%6. Energy: 19.27MJ7. Moisture: 50.97%Tempoh sebelum hampas menjadi masam/busuk adalah lebih dari 18 hari sekiranya dijaga dgn sempurna. sapa2 nak hampas soya boleh call aku seguni -+ 50kg rm23. pasal jauh aku pi ambik. hampas soya ni aku guna untuk ayam aku.



yang ni pokok napier india sapa nak beli aku ada jual. 20 sen seruas . aku bagi makan ayam piru pokok ni, dulu aku tanam masa aku bela arnab. berikut ada lah khasiat dia.


Kajian MARDI menunjukkan Napier India IKN091 mengandungi protein setinggi 20.3% berbanding Napier Taiwan = 10-13%%.Hasilan per hektar Napier India 5x ganda lebih baik berbanding Napier Taiwan.Baik utk ternakan arnab, kambing, biri-biri, lembu, rusa, angsa, ayam belanda, ayam api-api dan lain-lain








Saturday, February 20, 2010

Thursday, February 18, 2010

PEJANTAN

Mlm esok pulak aku update tak larat lambat












PENJANTAN

SAMBUNG ESOK PULAK BAB DAH NGANTUK