Wednesday, June 02, 2010

GAMBAR BARU

Lagi gambar ayam bersantai

Ayam dok lepak sambil memakan rumpput ayam ni baru lepas keluar kalau seminggu licin rumput ni dia makan

Pokok nyiur baru tebang dibelakang reban untuk besarkan lagi kawasan berbumbung


Reban untuk anak baru buat, mula2 buat setingkatja, tgk tinggi sangat tambah lagi satu tingkat, ayam bukan mcm burubf nak terbang.



Thursday, May 06, 2010

BIAWAK TERBARU

SETELAH SELESAI DIA BERMAIN NGAN BEWAK TU DIA TARIK BEWAK TU UNTUK DIBUANG.

SETELAH DIMARAHI DIA MENGANGKAT BIAWAK T. AKU SENGAJA BIAR DIA PEGANG BEWAK NI SUPAYA DIA TAK TERASA GELE NGAN BINATANG NI. SEDANGKAN AKU PUN GELI NAK PEGANG BIAWAK NI. BIAR DIA TAK GELI SENANG SIKIT AKU NANTI.


DIA GANTONGKAN BEWAK TU DIATAS POKOK PELAM


PEKERJA AKU NI CUBA MENGIKAT KAKI BEWAK TU





PEKERJA AKU MEMASTIKAN YANG BEWAK TU BENAR2 MATI



Friday, April 16, 2010

BIAWAK PEMAKAN TELUR AYAM


Harini ada biawak masuk dalam dalam reban ayam aku. puas kejar biawak ni baru dapat, dah 3-4 kali dah dia masuk baru hari ni dapat tangkap, apa kenis aku tak tau la biawak ni, tak salah aku biawak ni binatang lindungan, kalau salah aku bunuh dia dijemput pihak perhilitan mai tangkap biawak ni, biar depa bela. kalau tenggiling masuk best gak, dapat la jugak sekilo rm150, kalau tenggiling mau dekat rm1k jugak ni

Tuesday, April 13, 2010

ANAK AYAM MUDA



anak ayam ni dulu aku lepas ngan ayam piru asyik kena buli ja nak makan pun ayam piru tak bagi akirnya aku kurung bagi makan dia seko ja, baru sehat sikit. bulu pun baru nak naik bab dulu ayam piru dok pagut bulu

Thursday, March 11, 2010

KERETAPI LAJU

Senarai Keretapi Terpantas Di Dunia
by Admin [ Master G ] on February 11, 2010
in Berita Teknologi
[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda12
Sehingga awal tahun 2010, ini adalah senarai terkini untuk keretapi paling laju di dunia. Kelajuan dan kepantasannya tidak boleh dipertikaikan sehingag mampu bersaing dengan pesaing mereka di udara. Ha…..baik yang menggunakan sistem konvensional mahupun pengangkatan magnetkonvensional sehingga dengan mudah dapat menyaingi pesaing udara mereka. Mari kita lihat negara-negara yang memiliki teknologi dan kemudahan sehingga mampu melahirkan dan memiliki keretapi yang terpantas di dunia.
5. AVE. Sepanyol300 km/j (186 mph)
AVE (Alta Velocidad Española) mempu bergerak pada kelajuan sehingga 300 km/j (186 mph). Keretapi ini dikendalikan oleh RENFE iaitu sebuah syarikat keretapi terkemuka dari Sepanyol.
Bagi laluan antara Madrid dan Sevilla, AVE mampu tiba dalam jangkamasa hanya 5 minit sahaja. Yang bagusnya terdapat jaminan tambang penumpang akan dikembalikan sekiranya perjalanan keretapi menghadapi masalah sehingga tertunda. Namun, hingga ke hari ini, hanya 0.16% sahaja masalah keretapi tertunda timbul.
4. CRH3 China350 km/j (217 mph). Rekod terpantas: 394,3 km/j (245 mph)
CRH2 (China Railway High-Speed) hanya mengambil masa setengah jam sahaja bagi laluan antara Beijing ke Tianjin. Terdapat beberapa jenis keretapi peluru China yang berkelajuan tinggi. Antaranya seperti CRH1, CRH2, CRH3, CRH4 dan CHR5. Yang terpantas sekali adalah CRH3, yang menggunakan teknologi Velaro Nokia, sehingga mampu bergerak pada kelajuan 350 km/j (pada 2008, CRH3 dikatakan mampu mencapai kelajuan tertinggi iaitu 394.3 km/j (245 mph) selama pengujian dilakukan pada laluan antara Beijing dan Tianjin sebelum ini).
Pada bulan Oktober 2009 Kementerian China telah mengumumkan mereka bercadang untuk melabur 1.2 trilion yuan bersamaan (USD$ 175.44 bilion) untuk membangunkan dan memperluaskan sistem kereta api di China. Tujuannya adalah untuk membina lalauan keretapi sepanjang 13,000 km pada tahun 2012.
3. Shanghai Maglev Train. China250 km/j (160 mph). Rekod terpantas: kelajuan 431 km/j (268 mph)
Kelajuan yang dimililki oleh moneral(Transrapid) adalah hasil kepakaran teknologi Jerman yang menggunakan sistem pengangkatan magnet. Sehingga ke hari ini, sistem pengangkutan moneral seperti ini hanya digunakan di Shanghai, China. Dengan kelajuan sekitar 250km/j, monorel ini mampu bergerak sejauh 30 km dalam tempoh hanya 7 minit 20 saat. Rekod kepantasan yang pernah dicapai oleh moneral ini adalah 431 km/j (268 mph).
2.TGV. Perancis320 km/j (199 mph). Rekod terpantas: 574.8 km/jam (357.2 mph).
TGV merupakan salah satu lambang kebanggaan bagi negara Perancis, hampir sama seperti Menara Eiffel. Keretapi yang berkelajuan tinggi ini, dibangunkan pada sekitar tahun 1970-an dan mula dibuka pada umum pada 1981. Sehingga ke hari ini, keretapi ini sudah menjelajah lebih 150 bandar-bandar di perancis dan beberapa bandar asing yang terletak di Belgium, Jerman, Luxembourg, Itali dan Switzerland.
Antara model keretapi TGV yang terpantas adalah TGV Réseau dan TGV Duplex yang mampu mencapai kelajuan sehingga 320 km/j(199 mph). Rekod kelajuan secara rasmi dicatatkan pada 3 April 2007, ketika TGV mencapai kelajuan puncak 574.8 km/j (159.6 m/s, 357.2 mph). Ini adalah keretapi konvensional terpantas yang menggunakan roda logam
1. Shinkansen. Jepun300 km/j (186 mph). Rekod terpantas: 581km/j (361 mph)
Jepun sememangnya mempunyai teknologi bagi mewujudkan sistem keretapi laju untuk seluruh pelusuk negeri mereka. Keretapi Shinkansen, yang juga digelar keretapi peluru mempunyai rekod beroperasi selama 40 tahun tanpa sebarang kemalangan besar. Ia bergerak setiap 6 jam sekali untuk laluan antara Tokyo dengan Osaka.
Pada tahun 2003, keretapi JR-Maglev berjaya mencapai kelajuan 581 km/j (361 mph) dengan menggunakan teknologi pengangkatan magnet. Rata-rata, keretapi peluru mampu bergerak pada kelajuan 300 km/j (186 mph), namun Jepun telah mula merancang untuk membina Shinkansen baru yang boleh mencapai kelajuan 360 km/j (224 mph). Keretapi baru, yang diberi nama E5 ini akan mula beroperasi pada tahun 2012 dan yang akan berlangsung antara Tokyo dan stesen Shin-Aomori, 54 minit lebih cepat daripada model sebelumnya.

Tuesday, March 02, 2010

MAKANAN SEIMBANG UNTUK AYAM SUPAYA CEPAT GEMUK

Temukut 2.4kg
Gandum 3 kg
Dedak padi 1.3 kg
Ikan bilis 500 gram
Soya bean meal 2 kg
Dcp 100 gram
Pasir 70 gram
Myk masak 350 gram
Garam15 gram
Sodium bikarbonat 20 gram

Ini untuk bancuhan 10 kg. aku dpt dari sumber yang boleh dipercayai sapa2 nak try boleh esok aku masukkan bahan asid amino yang boleh menstabilkan ini semua.

menu diatas kalau masuk jagong dan ubi kayu semua nya berubah, menu diatas mengandungi 19% protein, dcp dan pasir untuk kaki, supaya boleh menampung berat badan ayam, kalau guna menu ni ayam berak tak cantik nak kena adjust garam bab ikan bilis tak tau dia punya garam mcm mana.

Tadi aku ada sembang ngan membe aku dan aku tanya mcm mana nak ayam gemuk tapi jimat kos.

Aku ; mcm mana nak bagi ayam gemuk tapi jimat kos

membe: makanan apa hang bagi

Aku: pkc, dedak halus seguni-+ rm 70, dedak kasar 40kg rm7, hampas soya, napier kepala
bilis
membe: napa hang bagi tu semua

Aku: nak jimat kos

Membe: hang nak jimat kos buat apa, hang tau tak hang bagi mcm tu lagi rugi bab ayam tak
gemuk makan jadi taik saja sikit sangat gemuk


mc ni la -+ aku sembang ngan dia, aku ingat aku pun nak try mcm yang diatas.

Ini lah makanan yang seimbang paling murah,

Selamat mencuba

kalau aku jumpa dia lagi aku cuba tanya formula untuk ayam baka pulak,